Ahad, 9 April 2017

Minggu Palma

Perayaan hari ini penuh ironi. Pada awal perayaan, Yesus disambut riang dan dialu-alukan. Orang ramai melambai daun palma dan Yesus dilayan seperti seorang VIP. Walau bagaimanapun, apabila kita sampai pada bacaan-bacaan dan Injil di pertengahan perayaan, suasana tiba-tiba berubah. Yesus diejek, disingkirkan dan dihukum mati.

Orang ramai mengharapkan seorang messiah, tetapi Yesus tidak menjadi sebegitu jenis messiah. Mereka mahu seorang messiah yang akan membawa mereka dan menyelamatkan mereka daripada musuh-musuh mereka, terutamanya orang Roma. Apabila Yesus bukan jenis messiah yang mereka harapkan, mereka menghapuskan-Nya. Sebagai ganti Raja segala raja, mereka memilih penyamun bernama Barabbas. Yesus datang untuk menyelamatkan mereka daripada dosa-dosa mereka, tetapi mereka lebih berminat pada seseorang yang boleh menyelamatkan mereka daripada musuh-musuh mereka. Yesus datang untuk menyebarkan damai dan kasih kepada semua, tetapi mereka tidak berminat dalam perkara-perkara tersebut. Sememangnya, begitu banyak ironi.

Bagaimana pula dengan kita pada masa kini? Adakah kita juga bersalah melindungi dan memelihara kepentingan kita sendiri dengan menyokong orang yang berguna kepada kita? Atau adakah kita membenarkan Yesus menyelamatkan kita dari dosa-dosa kita? Adakah kita berusaha untuk merapatkan diri kepada Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengasihi Allah dan sesama manusia? Atau adakah kita tiada beza daripada orang dalam pembacaan? Situasi mungkin telah berubah, tetapi apa agenda sebenar kita? Yesus mengajak kita untuk mengikut-Nya, memikul salib kita dan membenarkan Dia menyelamatkan kita. Adakah kita masih menolak dan "menyalibkan" Yesus bahkan hari ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...