Sesetengah kita mungkin telah mengejar untuk sesuatu sepanjang hidup kita. Kita mengejar untuk kehidupan yang lebih baik atau kerja yang lebih baik. Kita mengejar untuk kebahagiaan. Kita mengejar untuk teman wanita atau teman lelaki yang ideal. Sesetengah kita, sebaliknya, lari daripada sesuatu. Kita lari daripada patah hati atau dari keluarga kita yang berpecah belah. Kita lari daripada kesengsaraan kita yang disebabkan oleh sesuatu pekerjaan atau hubungan. Kita lari daripada kesakitan dan penderitaan, atau daripada rasa takut kita. Sesetengah orang berlari ke Gereja untuk lari daripada masalah mereka, ada juga yang bekerja hingga lewat di tempat kerja untuk lari daripada masalah mereka. Seolah-olah orang melakukan agak banyak "larian" pada masa sekarang. Namun, tidak kira betapa banyak kita mengejar sesuatu atau berlari daripada sesuatu, kita tidak dapat berlari selama-lamanya.
Hari ini kita merayakan Paskah Ahad. Hari ini, Allah menjemput kita untuk berhenti berlari dan kembali kepada-Nya. Makam yang kosong dalam Injil hari ini merupakan satu peringatan kepada kita bahawa Tuhan telah muncul sebagai pemenang. Kita tidak perlu berlari lagi, kerana Allah telah memenangi perlumbaan untuk kita. Masalah kita bukan lagi masalah, apabila kita menyedari bahawa adanya Allah untuk kita dan Dia boleh membimbing dan membantu kita, tidak kira betapa besar atau kecil masalah berkenaan. Kita mungkin berasa tertimbus dengan kesukaran dan masalah kita, tetapi jika kita percaya pada kasih sayang Tuhan, kita tahu bahawa kita boleh diselamatkan dan dibebaskan dari "makam" kita. Maka, marilah kita bersukacita, sebab adanya Allah, Dia telah bangkit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan