Sabtu, 25 Februari 2017

Minggu Biasa Ke-8 Tahun A

Sesetengah daripada kita senang bimbang. Kita bimbang tentang kewangan kita, masa depan kita, masa depan anak-anak kita, kesihatan kita, kerja kita, pelan persaraan, apa yang perlu makan, ke mana untuk pergi bercuti, dan lain-lain. Malah terdapat sesetengah orang yang bimbang tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Sudah tentu, kita perlu memainkan peranan kita dan bekerja keras untuk keluarga kita dan diri kita sendiri. Tetapi kita tidak harus menjadi terlalu bimbang ke tahap di mana ia menjadi dosa, kerana kita dibelenggu oleh kebimbangan, ketakutan, dan putus harapan. Injil dan bacaan hari ini tidak memberitahu kita untuk menjadi tidak bertanggungjawab dan mengharapkan pemberian orang lain kepada kita. Sebaliknya, kita perlu ambil perhatian:

1. Jangan bimbang. Apa manfaat yang diperolehi dari bimbang dan bagaimana ia pula memperbaiki situasi kita?

2. Allah melihat kita amat bernilai dan berharga.

3. Kita adalah warga Kerajaan Tuhan dan kita harus "Carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu."

Allah mengetahui keperluan kita dan akan memenuhinya jika kita minta dengan tabah dan dengan ikhlas. Adakah kita sanggup membenarkan Tuhan memimpin kita dan membantu kita?

Sabtu, 18 Februari 2017

Minggu Biasa Ke-7 Tahun A

Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran, kemusnahan, dan sebagainya sebab manusia tidak dapat mengasihi dan mengampuni. Ia seolah-olah lebih mudah untuk menyisihkan orang lain daripada untuk memaafkan, berdamai, membiarkan yang sudah terjadi berlalu dan melangkah ke hadapan. Mungkin terdapat sejumlah kebanggaan dan kedegilan yang membuatkan orang berkelakuan dan bereaksi sebegini.

Walau bagaimanapun, Injil dan bacaan hari ini mengingatkan kita tentang keperluan untuk mengasihi. Seringkali kita mungkin berfikir bahawa kasih itu hanya untuk mereka yang mengasihi kita. Kita berasa sukar atau mustahil untuk mengasihi mereka yang membenci kita. Tetapi jika kita mempertimbangkan gambaran yang lebih besar: apabila kita secara berterusan dan konsisten mengasihi orang lain, tidak kira sama ada mereka adalah sahabat handai atau sebaliknya, orang tersebut perlahan-lahan boleh mengubah sikap atau tingkah laku mereka terhadap kita. Kasih mampu mengubah musuh menjadi rakan, jika kita berusaha untuk benar-benar mengasihi. Namun, kita harus sedar bahawa kasih bukan sekadar perasaan, ia juga memerlukan tindakan. Kita perlu menunjukkan kasih sayang terhadap orang lain, dengan berbaik kepada mereka, berdoa untuk mereka, murah hati terhadap mereka, dan sebagainya. Hanya apabila kita menunjukkan kasih sejati dan benar terhadap orang lain dari semasa ke semasa, orang mula berubah, dan persekitaran kita turut berubah.

Seringkali, kita boleh cuba untuk mengambil jalan mudah dengan berkelakuan buruk atjau acuh tak acuh terhadap mereka yang menghina atau tidak serasi dengan kita. Kita mungkin berasa seolah-olah masa dan usaha kita boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. Tetapi melalui rahmat Tuhan, kita dapat mengasihi dan membantu membawa keamanan di dunia. Jika setiap daripada kita berusaha dan tidak berputus asa dengan begitu mudah, jika kita bersedia untuk menjadi konsisten dan membuat pengorbanan, maka mungkin kita semua benar-benat menjadi anak-anak Allah.

Sabtu, 11 Februari 2017

Minggu Biasa Ke-6 Tahun A

Sedalam mana atau matang hubungan kita dengan Allah? Sesetengah orang berfikir cukup dengan berdoa rosari. Sesetengah orang pula fikir memadai untuk pergi Misa pada hari minggu. Ada yang fikir terlibat dalam aktiviti tertentu gereja sudah cukup baik. Tetapi tanya diri anda sendiri... Adakah anda lebih dewasa dan lebih matang dalam hubungan anda dengan Allah? Jika tidak, mengapa?

Injil hari ini memberi amaran kepada kita bahawa "jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga." Ahli-ahli Taurat dan orang Farisi lebih berminat dalam mematuhi perintah-perintah yang tersurat dan dengan berbuat demikian mengabaikan pula yang tersirat. Akibatnya, mereka menjadi begitu tidak fleksibel, tidak berakal dan lebih suka mengarah orang lain dengan memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan, tetapi mereka tidak mengamalkan apa yang mereka ajar. Yesus dalam Injil hari ini juga mengingatkan kita bahawa ia tidak cukup untuk hanya mematuhi perintah-perintah, tetapi seseorang itu perlu memahami dan melihat implikasi penuh perintah (kedua-dua tersurat dan tersirat) dan berusaha untuk mengasihi Tuhan dan sesama manusia. Sebagai contoh, kita mungkin tidak sebenarnya membunuh seseorang, tetapi hakikat bahawa kita merendahkan seseorang ke tahap memusnahkan harga diri dan maruah seseorang itu, kita "membunuh" orang tersebut.

Jika kita menggelar diri kita penganut Katolik, maka kita perlu berhati-hati tentang hubungan kita dengan Allah dan terutamanya dengan orang di sekeliling kita. Janganlah kita menganggap diri sendiri yang betul seperti ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, tetapi belajar untuk menjadi penyayang dan pemaaf, sebagaimana Allah menyayang dan memaafkan kita.

Sabtu, 4 Februari 2017

Minggu Biasa Ke-5 Tahun A

Setiap seorang daripada kita mempunyai tujuan dalam hidup. Tujuan kita dalam hidup sepatutnya untuk melayan orang lain dan menunjukkan contoh yang baik, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan perbuatan. Injil hari ini mengingatkan kita bahawa: "Kamu adalah garam dunia ... Kamu adalah terang dunia ..." Garam itu pada hakikatnya tidak berguna. Ia menjadi berguna apabila dicampur dalam makanan untuk menambah rasa. Cahaya itu pada hakikatnya juga tidak berguna. Ia menjadi berguna apabila ia menerangi malam dan membimbing perjalanan kita. Begitu juga, setiap seorang daripada kita dipanggil untuk menjadi berguna dengan cara yang berbeza untuk mewartakan Khabar Baik.

Walau bagaimanapun, jangan kita menjadi leka memikirkan bahawa memadai hanya mewartakan Khabar Baik, Injil pada hari ini juga mengingatkan kita: "Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di syurga." Kata-kata kita pada hakikatnya tidak bermakna apa-apa, jika tidak disertai dengan perbuatan yang baik. Dalam Surat dari Yakubus, kita diingatkan: "Apakah gunanya, saudara-saudaraku, jika seorang mengatakan, bahawa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai perbuatan? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia? Jika seorang saudara atau saudari tidak mempunyai pakaian dan kekurangan makanan sehari-hari,. dan seorang dari antara kamu berkata: "Selamat jalan, kenakanlah kain panas dan makanlah sampai kenyang!", tetapi ia tidak memberikan kepadanya apa yang perlu bagi tubuhnya, apakah gunanya itu? Demikian juga halnya dengan iman: Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakikatnya adalah mati." Kristianiti bukan setakat kata-kata, sebab kata-kata itu mudah dan murah. Kita juga diingatkan untuk melakukan apa yang dikatakan, menunjukkan apa yang kita maksudkan, dan bermaksud apa yang kita katakan.

Terdapat pepatah Melayu yang berbunyi: "Cakap tak serupa bikin" yang bermaksud seperti: "Apa yang anda katakan tidak sama seperti apa yang anda lakukan" Adakah kita semua bercakap dan tiada tindakan? Adakah kita berakhir dengan mengumpat? Atau adakah kita berusaha untuk mewartakan Khabar Baik, dengan kata-kata dan perbuatan kita?

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...