Adakah sesiapa tahu bagaimana rupa Tuhan? Sesetengah daripada anda mungkin mula berfikir: padre ini bertanya satu soalan yang bodoh: Sudah tentu tidak ada orang yang pernah melihat Allah dan tahu apa bagaimana rupanya, memandangkan kita hanya akan melihat Allah apabila kita telah meninggal dunia. Tetapi ini tidak menghalang orang daripada mempunyai pelbagai jenis persepsi mengenai bagaimana rupa dan apa rupa Allah. Mungkin ada sesetengah orang yang melihat Allah sebagai seorang yang amat tua, kerana Dia telah wujud sejak dari dulu lagi. Mungkin ada yang melihat Allah sebagai orang yang garang dan berdendam, sentiasa bersedia untuk menghakimi kita dan menghukum kita disebabkan sedikit kesilapan atau kesalahan. Tetapi semua imej ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Allah adalah bersifat impersonal dan jauh dari kita, seolah-olah Dia tiada apa-apa kaitan dengan kita. Tetapi adakah ini rupa Tuhan sebenarnya?
Dalam bacaan hari ini, kita melihat gambaran Allah yang agak berbeza. Allah hadir di sini di kalangan kita. Dia tidak mendedahkan dirinya hanya pada peristiwa yang menakjubkan dan ajaib, tetapi dalam peristiwa-peristiwa saban hari dalam kehidupan, kadangkala, peristiwa yang sangat biasa. Dalam bacaan pertama, Allah menampakkan diri kepada Musa dan melantiknya sebagai Rasul-Nya untuk memimpin orang Israel keluar dari Mesir. Musa tidak pernah menjangka bertemu dengan Tuhan di tengah-tengah nyala api yang keluar dari semak duri, memandangkan ia adalah semula jadi dan kerap berlaku di tempat Musa tinggal dan bekerja, namun Allah memilih untuk muncul dalam keadaan biasa. Dengan cara yang sama, kita tidak pernah menjangka bertemu dengan Tuhan dalam peristiwa biasa dalam kehidupan kita, tetapi Allah hadir di mana-mana dan berada dalam apa jua keadaan kita. Selain itu, Allah itu penyayang, pengasih dan sangat penyabar. Dalam Al-Kitab hari ini, Yesus memberitahu kita kisah orang yang menanam pokok ara. Walaupun pokok itu tidak membuahkan hasil selepas diusaha/dijaga dengan bersungguh-sungguh, lelaki itu dengan sabar memutuskan untuk menunggu dan memberi pokok tersebut peluang sekali lagi. Begitulah Allah kita: Dia sabar menunggu kita bertaubat dan menjaga kita, orang-orang berdosa dengan belas kasihan. Malah, Tuhan juga menghantar satu-satunya Anak-Nya yang mati untuk kita agar kita dapat diselamatkan dari dosa kita dan supaya kita boleh memperolehi kehidupan.
Oleh itu, marilah kita bersyukur dan berterima kasih sebab kita menpunyai Tuhan yang mahu mengekalkan hubungan dengan kita dan membimbing serta membantu kita dalam kehidupan kita. Kami tidak perlu mencari Dia di tempat-tempat yang tinggi atau peristiwa yang menakjubkan, kerana Dia bersama kita di mana-mana. Ini bermakna kita perlu bersedia untuk berkembang secara spiritual dalam kasih-Nya, supaya suatu hari, kita akan bersama dengan-Nya untuk selama-lamanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan