Berapa ramai daripada kita sanggup bercakap benar, walaupun sukar untuk diterima atau ditelan? Sesetengah kita cuba untuk bercakap dengan sebaik mungkin, sesetengah antara kita tidak cakap secara terus-terang, dengan harapan bahawa pihak lain akan mendapat mesej kita, tetapi pada akhirnya, kita perlu bertanya kepada diri sendiri: sebagai orang Kristian, adakah kita sepatutnya memberitahu kebenaran, walaupun susah atau sukar? Atau adakah kita harus mengekalkan kedamaian, walaupun ia bermakna kebenaran dilemahkan. Ada di antara kamu yang mungkin tertanya-tanya: bukankah jelas bahawa kebenaran mesti dibukti? Namun, kita masih menemui orang Kristian yang tidak mahu bercakap; atau mereka mungkin berkata bahawa perkara itu bukan urusan mereka, dan mereka tidak mahu terlibat; atau mereka tidak mahu menjadi lelaki jahat atau perempuan jahat. Tetapi apakah ini sebenarnya seorang Kristian?
St Paulus dalam bacaan kedua hari ini mengingatkan kita bahawa dia dapat bercakap begitu fasih hanya kerana keyakinannya terhadap Allah dan bukan di dalam dirinya sendiri, dan dia menulis tentang Allah dan dirinya sendiri dengan cara ini: ""Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna." Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku. Karena itu aku senang dan rela di dalam kelemahan, di dalam siksaan, di dalam kesukaran, di dalam penganiayaan dan kesesakan oleh karena Kristus. Sebab jika aku lemah, maka aku kuat. "
Tugas nabi juga bermakna orangnya bukanlah perkara yang penting. Nabi mungkin lemah, seorang yang gagal atau mungkin mempunyai pelbagai kesilapan dan batasan, tetapi semua ini tidak penting. Yang penting ialah mesej yang perlu disampaikan. Sekiranya Allah ingin menggunakan seorang nabi untuk menyampaikan mesejnya, Dia pasti akan memberikan rahmat kepada orang pilihannya untuk melaksanakan tugas itu. Selain itu, tidak kira sama ada orang atau mereka tersebut dengar atau tidak. Allah meyakinkan Yehezkiel tentang hal ini dalam pembacaan pertama: "Dan baik mereka mendengarkan atau tidak--sebab mereka adalah kaum pemberontak--mereka akan mengetahui bahwa seorang nabi ada di tengah-tengah mereka." Orang lain boleh memilih untuk tidak mendengar, tetapi akhirnya kebenaran akan terbukti. Kita harus meletakkannya di tangan Allah, kesan perkataan yang diucapkan.
Akhirnya, tugas Nabi bermakna seorang nabi dan mesejnya tidak pernah popular. Mesej itu sukar dan kebenarannya menyakitkan untuk diterima. Ada orang yang tidak suka mendengar kebenaran tentang diri mereka sendiri dan mereka sukar untuk berubah, kerana sering kali kebenaran itu memerlukan perubahan dan pertaubatan hati. Orang seperti itu memilih untuk kekal, menjaga status quo, atau mereka hanya mahu mendengar apa yang menyenangkan, bukan kebenaran. Kadang-kadang, orang dari bandar sendiri atau orang yang menganggap mereka benar-benar mengenali anda adalah antara yang paling sukar atau menentang terhadap nabi dan mesejnya. Inilah keadaan yang Yesus hadapi dalam Injil hari ini, di mana Dia ditolak atau disingkir oleh saudara-maranya
Pada penghujung hari, tugas nabi bermakna nabi perlu memeriksa diri sendiri dan memastikan bahawa kebenaran dituturkan dengan kasih cinta. Kita tidak boleh menyebarkan kebenaran secara kasar atau dengan perasaan marah atau dengan hasrat untuk membalas dendam, kerana itu bukanlah sifat nubuat. Kata-kata yang dituturkan kerana marah dan membalas dendam hanya memusnahkan dan bukannya menyembuhkan. Kasih cinta adalah di tengah-tengah tugas nabi.
Hari ini, marilah kita sedar pada hakikat bahawa ada di antara kita mungkin yang telah mengabaikan peranan kita sebagai nabi. Kita dipanggil untuk menjadi pembawa Berita Baik, dan itu termasuk bercakap mengenai kebenaran, bahkan kepada orang kesayangan kita. Kita tidak boleh menjadi pengikut Kristus dan menyenangkan semua orang, dan kita harus bersedia untuk menghadapi cemuhan, penganiayaan, atau bahkan dijauhi oleh orang lain, demi kemuliaan Allah dan untuk mempromosikan kebenaran dan keadilan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan