Ahad, 27 Mac 2016

Minggu Paska

Dua orang kanak-kanak dihadiahkan dengan selonggok najis di hadapan mereka. Seorang daripada mereka berkata, "Alamak! Kotornya. Sudah tentu tiada seekor kuda di situ. Bagaimana seekor kuda dapat menahan kotoran sebegitu?" Yang seorang lagi mula memerhatikan dengan teliti longgokan najis itu dengan penuh semangat, dan apabila ditanya apa yang dilakukannya, secara teruja dia berkata, "Jika ada longgokan najis, sudah tentu adanya kuda di situ." Jika kamu perhatikan kedua-dua kanak-kanak ini, apakah yang kamu perasan telah hilang , atau adakah kamu dapat melihat apa yang ada atau mungkin berada di situ?

Di dalam Al Kitab hari ini, kita menemui cerita tentang Petrus dan seorang lagi pengikut, yang dikasihi oleh Yesus, berlari ke kubur. Kedua-duanya masuk ke kubur, tetapi mempunyai pengalaman yang amat berlainan. Petrus memasuki kubur dan mendapati tubuh Yesus tiada di situ. Dia mula berasa risau dan mushkil terhadap apakah yang telah berlaku pada tubuh Yesus. Dengan berbuat demikian, dia telah tersilap apabila dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang telah hilang, kerana kubur yang telah kosong itu menunjukkan tanda bahawa Yesus telah bangkit dari kematian seperti yang telah dijanjikanNya. Sebaliknya, pengikut yang seorang lagi pula, memasuki kubur "melihat dan mempercayai" Pengikut yang seorang lagi ini, mengenali akan kepentingan kubur yang telah kosong itu, iaitu, ia bukan menandakan yang Yesus telah hilang, tetapi menandakan kehadiran Kristus, kerana Kristus telah bangkit dan kini berada bersama semua semula.

Hari ini, kita dijemput untuk mempunyai mata yang beriman seperti pengikut yang satu lagi itu, yang dapat "melihat dan mempercayai". Kita mungkin menghadapi pelbagai masalah, perjuangan dan kesukaran, tetapi Tuhan bukannya tiada tetapi berada bersama untuk membantu dan menjadi petunjuk kita. Kita tidak harus mencari Yesus di kalangan yang telah mati tetapi di dalam mereka yang hidup. Kita tidak harus tercegak di kubur yang telah kosong, dan menghabiskan tenaga memerhatikannya, kerana Yesus Kristus telah bangkit! Dia sedang menunjukkan jalan keluar dari kubur dan menunjukkan arah ke cara kehidupan yang baru. Marilah kita bersyukur kepada Tuhan, dan dengan perasaan teruja mengongsi mesej harapan ini kepada semua, bahawa Yesus telah bangkit!

Sabtu, 26 Mac 2016

Malam Paska

Pada permulaan setiap Malam Paska, kita terjatuh ke dalam kegelapan. Kegelapan kelihatan bermaharajalela. Tetapi tidak lama lagi , kegelapan dikalahkan oleh cahaya lilin. Bermula dengan sebatang lilin , lilin Paska, gereja itu perlahan-lahan diterangi oleh lautan lilin. Yesus merupakan lilin tunggal itu yang memberikan dunia wawasan baru dan harapan baru. Yesus mengingatkan kita bahawa kita tidak lagi perlu menjadi hamba kegelapan dan bahawa kita tidak lagi perlu takut pada gelap. Yesus, Terang Dunia, telah datang dan menewaskan kegelapan dosa dan kematian.

Dalam bacaan, kita bermula dengan kisah penciptaan, di mana kita melihat bagaimana Allah membawa perintah huru-hara. Dalam hidup kita, kita juga mungkin mengalami keadaan huru-hara, tetapi Allah membawa perintah dan keharmonian kepada kehidupan kita, jika kita menyerahkan diri kepadaNya. Kita kemudian melihat bagaimana Allah memimpin umat-Nya dari perhambaan di Mesir ke arah kebebasan. Kita diingatkan bagaimana kita juga telah melalui perairan pembebasan melalui air pembaptisan. Kita telah dibebaskan daripada kuasa dosa , dan bukan lagi hamba kepada dosa melainkan jika kita memilih untuk kekal sebagai hamba. Sesetengah orang berfikir bahawa mereka hilang kuasa apabila berhadapan dengan dosa-dosa mereka , tetapi Allah mengingatkan kita bahawa kita bukan lagi hamba. Kita telah bebas kerana kebangkitan Kristus telah membebaskan kita. Maka, bukankah kita sepatutnya mula hidup sebagai lelaki dan wanita yang bebas?

Dalam setiap Malam Paska, kita juga diingatkan bahawa kematian bukanlah pengakhiran hidup tetapi permulaan hidup yang kekal. Yesus telah bangkit dan telah menakluki kematian. Melalui Yesus kita juga boleh menakluk kematian. Kematian tidak lagi mempunyai pegangan/halangan ke atas kita dan kita tidak perlu takut kematian lagi. Kami adalah Umat/Orang Paska dan kita harus memberitakan mesej hebat ini yang penuh harapan dan kegembiraan.Terang telah mengatasi kegelapan ; perintah mengambil alih huru-hara ; kebebasan telah menang atas perhambaan; dan kehidupan kekal adalah kemenangan atas kematian. Marilah kita tidak lagi hidup dalam kehidupan seolah-olah tidak ada harapan, memandangkan harapan kita adalah pada TUHAN yang telah bangkit, dan marilah kita berkongsi mesej ini bahawa "Tuhan telah bangkit " kepada semua di sekeliling kita.

Jumaat, 25 Mac 2016

Jumaat Agung

Apabila kita berada di masa yang baik, adakah pernah kita memikirkan tentang Tuhan? Ada sesetengah orang yang seolah-olah telah melupakan kehadiran Tuhan tatkala berada di masa yang baik, masa yang mengembirakan, atau bila mereka telah berjaya mencapai sesuatu dan terlalu sibuk dengan perayaan atau sambutan. Tetapi apabila menghadapi malapetaka atau trajedi, ada yang akan mula bertanya: "Mengapakah ini harus terjadi?" atau "Bagaimanakah Tuhan boleh membiarkan kejahatan berlaku? atau juga "Dimanakah Tuhan? Mengapakah Dia tidak membantu sekarang? Ada pula yang akan mula hilang imannya di dalam Tuhan, memikirkan bahawa Tuhan telah mengabaikan mereka atau Tuhan tidak akan membantu mereka mengatasi masalah mereka. Tetapi, bukankah ini anih? Ada di antara kita yang tidak memberi syukur kepada Tuhan apabila sesuatu yang baik berlaku, tetapi kita mula bersungut atau menyalahkan Tuhan apabila perkara yang buruk berlaku.

Hari ini kita meraikan Jumaat Agung, di mana Tuhan telah memberikan jawapan kepada semua sunggutan kita berkenaan penderitaan manusia dan kesakitan. Inilah Tuhan yang memilih untuk menjadi seperti kita sebagai Yesus Kristus; yang melalui kehidupan kita, berkongsi di dalam kegembiraan dan kesedihan dan merasai pengalaman kesakitan dan penderitaan kita. Inilah pencipta alam semesta; sekarang disalib, Dia wafat, disalib oleh dosa-dosa kita sendiri, sikap tidak peduli kita, cita-cita kita, ketamakan kita, dan kepentingan diri kita. Tuhan berada bersama kita bukan sahaja pada masa yang baik, tetapi juga bersama kita di dalam dosa-dosa walaupun Dia sendiri tiada dosa.

Kadangkala kita mendengar ibubapa memberitahu anak-anak mereka: "Saya akan menyayangi kamu jika kamu baik." atau "Jika kamu jahat, saya tidak akan menyayangi kamu." Anak-anak sedemikian akan mula berfikir ibubapa mereka akan hanya menyayangi mereka jika mereka baik, dan kasih sayang itu mempunyai syarat dan mempunyai ganjaran untuk kebaikan, dan kasih sayang itu perlu di usahakan. Tetapi Tuhan menunjukkan kita kasih sayang diberi kepada wali dan juga yang berdosa. Tuhan mengasihi kita walapun ketika kita masih berdosa. Salib menjadi bukti kepada hakikat ini. Salib menjadi simbol akan kasih sayang Tuhan yang tidak bersyarat, kerana Yesus wafat di salib untuk semua, bukan sahaja untuk mereka yang baik.

Hari ini, marilah kita memberikan kesyukuran kepada Tuhan di atas anugerah Anak Nya, Yesus Kristus, yang wafat di salib untuk meyelamatkan kita daripada dosa-dosa kita, disebabkan oleh kasih sayang Nya yang teramat untuk kita. Marilah kita juga mengenepikan kebanggaan kita, ego dan prajudis dan belajar untuk mengasihi orang lain tanpa syarat, sepertimana Tuhan mengasihi kita tanpa syarat.

Khamis, 24 Mac 2016

Khamis Suci

Sebahagian besar daripada kita (diharapkan) akan mengetahui bahawa Misa dibahagikan kepada dua bahagian penting: Liturgi Firman dan Liturgi Ekaristi. Jika anda telah menumpukan perhatian semasa Misa , anda akan perhatikan bahawa semasa Doa Ekaristi , imam (paderi) mengucapkan kata-kata: Dia mengambil roti, mengucap syukur kepadaNya. Dia membahagikan roti itu dan memberikannya kepada murid-muridNya ..." Kata-kata ini mencerminkan keseluruhan kehidupan dan pelayanan Yesus : "Dia mengambil roti ", "mengucap syukur," "Dia membahagikan roti itu " dan " memberikannya kepada murid-muridNya".

Dari kata-kata ini, kita boleh belajar beberapa perkara penting. Pertama, Yesus 'mengambil roti.' Dengan berbuat demikian, Yesus mengambil apa sahaja yang diberikan kepadanya oleh Bapa Syurgawi -Nya dan tidak menolak apa-apa, walau pun mati di atas salib. Ini bermakna bahawa Yesus betul-betul terbuka/menyerah kepada Allah dan biarkan Allah mempunyai kawalan penuh dengan kehidupan -Nya. Dengan cara yang sama, kita juga perlu mengambil apa sahaja yang mungkin datang kepada kita dari Allah dan tidak terlalu memilih .Kita juga perlu belajar untuk menerima orang seadanya dan bukan seperti yang kita inginkan. Dengan mengambil, kita mengesahkan bahawa apa yang kita ada, sama ada harta benda atau kapabiliti/ keupayaan, akhirnya datang dari Allah. Kedua, Yesus mengucap syukur ' kepada Bapanya bukan sahaja untuk masa yang baik tetapi juga dengan yang tidak baik . Ramai di antara kita seolah-olah bersyukur hanya apabila perkara yang baik datang pada kita, tetapi bagaimana pula dengan perkara-perkara yang tidak baik?Adakah kita bersyukur kepada Tuhan walaupun perkara-perkara tidak baik berlaku? Untuk mempunyai hati yang bersyukur adalah asas kegembiraan orang Kristian dan kita mesti bersyukur kepada Tuhan kerana segala sesuatu yang datang pada kita. Ketiga, Yesus membahagikan roti itu ' untuk berkongsi makanan dengan murid-murid Nya , seluruh kehidupan Yesus juga telah dibahagi dan dicurahkan untuk keselamatan semua. Kita sukar untuk membenarkan diri kita untuk dibahagikan, atas sebab-sebab tertentu seperti rasa malu atau kita takut orang lain akan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita.:Tetapi Yesus menjemput anda hari ini untuk berkongsi serpihan anda dengan Dia dan dengan orang lain , memandangkan ramai yang lain lagi juga mengalami kehancuran dan ditenteramkan dan terhibur , mengetahui bahawa mereka tidak keseorangan, apabila kita berkongsi serpihan kita dengan mereka. Akhir sekali, Yesus " memberikannya kepada murid-murid-Nya ... " Dengan memberikan roti kepada murid-murid -Nya, Yesus memberikan mereka kehidupan, dan dengan cara yang sama, kita juga harus memberi dan bermurah hati dalam pemberian kita , sama seperti yang Dia berikan kepada kita.

Hari ini, marilah kita menawarkan kehidupan kita sebagai persembahan yang harum kepada Allah dan kepada orang lain, agar semua dapat hidup dalam Yesus. Marilah kita merendah diri dan bersedia untuk mengambil apa yang diberikan Allah kepada kita, serta murah hati dalam pemberian kita memandangkan semua yang kita ada datang daripada-Nya. Semoga kita belajar daripada Tuan Dalaman kita, dan berkembang dalam hubungan dengan Allah seperti Dia prihatin dan membimbing kita setiap hari.

Ahad, 20 Mac 2016

Minggu Palma

Apakah nilai kita di dunia ini? Apakah kriteria yang kita gunakan untuk menentukan nilai kita? Ada orang yang berfikir bahawa nilai mereka ditentukan kepada berapa banyak atau sedikit yang dapat dilakukan mereka. Ada yang berfikir jika mereka yang berbakat dan mahir di dalam melakukan banyak perkara, maka mereka bernilai, kalau tidak mereka berfikir mereka tidak berguna dan menjadi beban kepada orang lain. Ini bermakna untuk sesetengah orang, kita harus sentiasa melakukan sesuatu, jika tidak, kita berasa tidak bernilai, tidak berguna dan tidak berdaya.

Hari ini kita meraikan Hari Minggu Palma atau Hari Minggu Belas Kasihan (Passion). Sejak beberapa minggu kebelakangan, kita telah menyaksikan Yesus begitu aktif di dalam pelayananNya, dan ramai yang mengikutNya untuk disembuhkan dan untuk mendengarkan kata-kata Nya. Tetapi sekarang, kita menyaksikan Yesus mempunyai perubahan di dalam pelayananNya daripada aktif kepada passif. Di masa ini, Yesus menunjukkan bahawa nilai kita bukan bergantung kepada apa yang kita dapat lakukan tetapi kepada apa yang Tuhan dapat lakukan untuk kita. Bila kita aktif dan boleh melakukan dengan sendiri, kita seolah-olah tidak mempunyai ruang untuk Tuhan memberi bantuan, kerana kita berasa mampu sendiri. Tetapi bila kita tidak berkuasa dan tidak berdaya, kita akan menyedari bahawa kehidupan tidak bermakna tanpa Tuhan. Di dalam beberapa kemudian ini, kita akan mengingati bagaiman Yesus di tangkap, dianiayakan dan dipakukan ke salib dan akhirnya dibiarkan wafat. Dia akan menjadi tidak berkuasa dan tidak berdaya, tetapi didalam ketiadaan kuasaNya, Dia akan memenuhi keselamatan kita. Apa yang kelihatan seolah-olah kehidupan yang dipenuhi kegagalan akan berakhir dengan kejayaan kerana Tuhan berjaya mengatasi dosa dan kematian.

Bila kita memperlihatkan kehidupan kita dan orang lain sekeliling kita, kita juga dapat melihat perubahan berlaku. Ada yang dahulunya aktif, kini tidak berdaya lagi melakukan banyak perkara. Kepada sesetengah, ia mengerunkan dan menakutkan bila tidak berdaya dan tidak berkuasa. Ini adalah kerana tiada siapa yang suka menjadi tua dan tidak berguna; atau menjadi sakit dan memerlukan orang lain untuk menjaga diri mereka atau membantu mereka. Tapi kita juga patut sedar bahawa jika kita tidak bergerak dari aktif ke pasif, melainkan kita belajar melepaskan dan membenarkan Tuhan mengambil alih, kita tidak akan dapat merasakan kedamaian dan kegembiraan yang sebenar, sesuatu yang hanya dapat diberikan oleh Tuhan.

Oleh yang demikian, dikala Minggu Suci ini, marilah kita belajar untuk tidak memberi terlalu banyak tumpuan kepada menjadi aktif. Marilah kita belajar menjadi pasif, dan belajar untuk membezakan dan mendengarkan suaraNya. Marilah kita berjalan bersama Yesus dan dengan secara ansur mati kepada diri kita untuk membolehkan kita beroleh kehidupan kekal di dalam kasih sayangNya.

Sabtu, 12 Mac 2016

Minggu Prapaska Ke-5 Tahun C

Menarik untuk memerhatikan sikap sesetengah orang apabila mereka datang untuk pengakuan. Daripada mengakui dosa-dosa mereka, mereka memulakan litani mengutuk kesilapan, kekurangan atau dosa-dosa orang lain. Apabila ditanya mengapa mereka datang untuk pengakuan pada mulanya, saya kadangkala mendapat jawapan lucu seperti: "Oh, tetapi anda lihat Father, orang ini dan orang itu adalah seperti ini atau seperti itu" atau "Tunggu Father, saya belum selesai lagi ..." atau "Saya ok, Father, orang ini dan orang itu yang perlu berubah" dan banyak respon pelik yang lain. Kita mengelar orang seperti itu membenarkan diri sendiri (self righteous) memandangkan mereka seolah-olah berfikir mereka ini bebas dari kesalahan dan orang lain yang tidak mencapai sehingga standard atau jangkaan mereka adalah salah.

Dalam Al-Kitab hari ini, kita bertembung sekumpulan orang yang mempunyai sikap yang benar diri. Kita menggelar kumpulan ini, ahli-ahli Taurat dan orang Farisi. Dalam Al-Kitab, kita diberitahu mengenai seorang wanita telah ditangkap melakukan zina. Bagi orang Yahudi, zina adalah dosa besar yang tidak ada toleransi dan penalti adalah kematian. Apa yang menarik perhatian adalah hanya wanita yang ditangkap; bagaimana pula dengan lelaki, sedangkan ia melibatkan dua orang? Ahli-ahli Taurat dan orang Farisi ini mengetahui ajaran Yesus tentang pengampunan, dan mereka fikir mereka telah menjumpai satu alasan yang tidak dapat dielakkan untuk memerangkap-Nya apabila mereka bertanya: "Apa pendapat-Mu tentang hal itu?" Jika Dia telah memberinya kebebasan, Dia akan memperlekehkan undang-undang. Jika Dia mematuhi undang-undang dan menjatuhkan hukuman mati, ajaran-Nya mengenai rahmat dan pengampunan Allah tidak mempunyai makna. Ia kelihatan seolah-olah ahli-ahli Taurat dan orang Farisi akhirnya telah menang. Ia jelas bahawa pemimpin-pemimpin agama telah menggunakan wanita ini atas sebab-sebab kepentingan diri mereka sendiri; mereka hanya mahu menjatuhkan dia dan bukannya membantu dia bangun; dan mereka lebih berminat untuk menghukum dosa berbanding mencegahkannya. Apabila ditekan untuk memberi jawapan, Yesus hanya menjawab: "Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu." Bam! Jawapan apakah itu. Yang dikenali sebagai perangkap telah tersingkir. Yesus tidak memberitahu mereka bahawa wanita itu tidak bersalah; sebaliknya Dia mencabar mereka: "Sebagai orang-orang berdosa, kamu jangan terlalu cepat untuk menghukum orang lain." Seperti wanita, mereka juga amat memerlukan rahmat dan pengampunan Allah. Setelah mendengar kata-kata Yesus, ahli-ahli Taurat dan orang Farisi tahu bahawa mereka sendiri telah terjerat, dan "pergilah mereka seorang demi seorang, mulai dari yang tertua. Akhirnya tinggallah Yesus seorang diri dengan perempuan itu yang tetap di tempatnya."

Apa yang kita boleh pelajari daripada "drama minggu ini atau drama pada minggu ini"? Yesus mengingatkan kita: "Tidak menghakimi dan anda tidak akan dihukum." Selain itu, ahli-ahli Taurat dan orang Farisi hanya melihat dosa wanita tersebut dan dosanya pada masa lalu, dan enggan memberi dia peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupannya. Sebaliknya, Yesus melihat pada wanita bukan dosanya pada masa lalu tetapi masa depannya yang kudus. Yesus menggesa kita untuk belajar memaafkan orang lain, dan bukannya memberi tumpuan hanya pada kesalahan mereka, kegagalan mereka yang lalu, dan memastikan bahawa semua orang tahu mengenainya. Apabila kita berdoa doa Bapa Kami atau the Lord's Prayers, semoga kita benar-benar dan ikhlas tentang maksud apa yang kita katakan, apabila kita sampai kepada bahagian: "Ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kamipun mengampuni yang bersalah kepada kami."

Sabtu, 5 Mac 2016

Minggu Prapaska ke-4 Tahun C

Terdapat banyak perkara dalam kehidupan yang kita boleh elak atau kawal. Kadang kala, ia untuk kebaikan diri kita sendiri untuk mempunyai kebebasan memilih apa yang kita mahu dan perlu, memandangkan sesetengah perkara mungkin tidak semestinya baik untuk kita dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, terdapat juga banyak perkara dalam hidup yang di luar kawalan, di luar pilihan kita. Sebagai contoh, kita tidak dapat mengawal bila sebenarnya kita akan mati, kerana kematian boleh datang pada bila-bila masa, di mana-mana tempat, pada bila-bila momen. Satu lagi contoh sesuatu yang di luar kawalan kita merupakan perubahan. Selagi kita masih hidup, kita sentiasa berubah dari segi fizikal dan biologi, dan kita tidak mempunyai kawalan terhadap perubahan sebegitu. Namun, kita mempunyai kawalan ke atas salah satu aspek penting, iaitu hala tuju kita dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, inilah arah dalam kehidupan yang paling sukar untuk ubah dan terima.

Bacaan hari ini memberitahu kita contoh-contoh perubahan yang berbeza dan bagaimana orang respon terhadap perubahan tersebut. Dalam bacaan pertama, orang Israel mengalami perubahan gaya hidup dalam segi diet mereka. Akhirnya, mereka kini telah tiba di tanah air baru mereka, selepas melarikan diri dari Mesir dan mengembara di padang pasir selama 40 tahun. Sejak itu, mereka tidak lagi mempunyai manna yang mereka makan di padang pasir; sebaliknya mereka telah merasai hasil negeri itu, roti yang tidak beragi dan bertih gandum. Dalam Al-Kitab, kita berdepan dengan anak bongsu yang bermula di landasan yang salah tetapi kemudian bertaubat dan mengambil keputusan untuk menukar arah dalam kehidupan. Anak bongsu mewakili orang berdosa di kalangan pengikut Yesus yang telah bertaubat dan mengubah kehidupan masa lalu mereka, manakala anak sulung mewakili orang Farisi dan ahli-ahli Taurat yang soleh dan berimam, terus berpegang pada keyakinan benar diri (self righteous beliefs) mereka, menolak untuk berubah kerana mereka merasa mereka sudah cukup baik dan percaya tiada keperluan untuk mereka berubah. Ini disebabkan perubahan boleh menjadi menakutkan dan menggerunkan bagi sebahagian daripada kita, tetapi jika kita tidak berubah,kita akan kekal seperti anak sulung: marah, kecewa, kerap mengadu dan kita tidak boleh membenarkan diri kita untuk menjadi sebahagian daripada penyelamatan Allah. Santo Paulus dalam bacaan kedua mengingatkan kita bahawa "Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang. Dan semuanya ini dari Allah." Jika kita memang seorang 'ciptaan baru' maka perubahan mesti berlaku, dan kita mesti mula hidup ini dalam kehidupan 'baru'.

Akhirnya, perubahan arah dalam kehidupan hanya boleh berlaku jika kita terbuka kepada kasih sayang dan jagaan Allah. Semoga kita berdoa bagi rahmat untuk menerima perubahan, dan biarlah Allah kita yang penyayang membimbing kita dalam segala yang kita lakukan, supaya kita memuliakan Dia dan bergerak ke hadapan dalam iman, harapan dan kasih sayang.

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...