Buta boleh berlaku dalam pelbagai cara. Bagi sesetengah orang, mereka buta fizikal. Bagi yang lain, mereka buta rohani. Kemajuan dalam bidang perubatan moden boleh, untuk tahap tertentu, memulihkan penglihatan fizikal. Orang yang telah dianggap sebagai "buta" dapat melihat semula selepas menerima rawatan dalam tempoh masa. Walau bagaimanapun, menyembuhkan orang yang buta secara rohani mungkin tidak begitu mudah.
Injil hari ini memberitahu kita tentang orang buta dan orang Farisi. Walaupun orang buta dilahirkan buta, penglihatannya telah dipulihkan oleh Yesus, dan apabila dia mendapati Yesus adalah orang yang memulihkan penglihatannya, dia percaya kepada Yesus. Sebaliknya, orang Farisi yang dapat melihat dari segi fizikal, tetapi kerana kedegilan mereka, bangga diri dan kurangnya belas kasihan, merekalah orang yang buta rohani.
Sesetengah daripada kita mungkin seperti orang Farisi. Walaupun kita secara fizikal dapat melihat dengan jelas, kita tidak dapat melihat dengan jelas secara rohani. Apabila kita menolak untuk mengubah cara kita; apabila kita mengabaikan keperluan orang lain; apabila kita memilih untuk mengabaikan ketidakadilan yang berlaku; apabila kita dipenuhi dengan sikap mementingkan diri, kebencian, prejudis dan tidak pemaaf; apabila kita gagal atau enggan mengiktiraf kebaikan pada orang lain; maka kita buta rohani. Adakah kita masih enggan membenarkan Tuhan menyembuhkan kita dan membantu kita melihat? Hari ini, marilah kita belajar untuk merendah diri dan menyerah diri kepada Allah, kerana Dialah yang boleh membuka mata Iman kita dan mata hati kita, yang membolehkan kita untuk melihat dengan jelas.
Sabtu, 25 Mac 2017
Sabtu, 18 Mac 2017
Minggu Prapaska Ke-3 Tahun A
Sesetengah daripada kita tidak pernah berpuas hati. Kita mengidamkan banyak perkara. Senarai keperluan dan kehendak kita sentiasa bertimbun-timbun, dan ia kelihatan seolah-olah kita tidak akan dapat memenuhi semua keperluan dan kehendak kita. Kita menjadi tidak gembira dan tidak berpuas hati. Nampaknya seolah-olah semakin kita perlu dan ingin, semakin sukar untuk kita menjadi puas.
Bacaan hari ini menggunakan air untuk melambangkan kasih sayang Tuhan kepada kita. Kita boleh hidup tanpa makanan untuk seketika, tetapi kita tidak boleh bertahan lama jika kita tidak mempunyai air. Dengan cara yang sama, kita tidak boleh bertahan lama jika kita tidak mempunyai kasih sayang Tuhan. Tanpa air, akhirnya kita akan mati. Tanpa Allah, kita akan mati dengan kematian yang kekal.
Semua usaha kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita hanya sementara. Tetapi apa yang Tuhan tawarkan kepada kita adalah air hidup yang akan menghilangkan dahaga, dan memuaskan kita sepenuhnya. Wanita Samaria dalam Injil hari ini telah ditawarkan air hidup yang merupakan kasih sayang Tuhan dan pengampunan, walaupun dia dijauhi orang di bandar itu. Dengan air hidup ini, kita tidak akan haus lagi. Dengan air hidup ini, kita tidak perlu sebarang pengganti sementara. Adakah kita masih berdegil mencari di tempat lain?

Sabtu, 11 Mac 2017
Minggu Prapaska Ke-2 Tahun A
Adakah anda tahu siapa diri anda sebenarnya? Adakah anda benar-benar tahu siapa orang di sebelah anda? Kadang-kadang kita tidak sedar siapa sebenar seseorang itu sehingga dia mendedahkan dirinya yang sebenar. Ada yang mengatakan bahawa untuk benar-benar mengenali seseorang, perlu untuk memabukkan orang tersebut, baru dirinya yang sebenar muncul. Selain daripada itu , kita tidak akan mengenal orang itu sepenuhnya.
Murid-murid dalam Injil hari ini juga tidak benar-benar mengenali siapa Yesus sebenarnya. Mereka telah melihat-Nya melakukan mukjizat, penyembuhan orang sakit dan menyampaikan khutbah yang hebat. Namun mereka masih tidak sedar akan sifat sebenar Yesus. Apabila Yesus berubah rupa, baru kemudiannya mereka nampak sepintas lalu identiti sebenar Yesus. Ia pasti menggerunkan, begitu menakjubkan, murid-murid terpesona, dan mereka mahu terus terpesona lebih lama, memandangkan Petrus telah mencadangkan untuk membina 3 khemah supaya mereka boleh berada di situ seketika. Namun tiada perkara yang akan bertahan dengan begitu selama-lamanya. Ia telah sampai masa untuk kembali ke dunia, dan murid-murid diingatkan untuk mendengar Yesus dan tidak berkata-kata tentang penglihatan itu kepada sesiapa pun sebelum Anak Manusia dibangkitkan dari antara orang mati.
Kita mungkin juga telah mengalami pengalaman puncak gunung kita. Kita ingin untuk berada di sana lebih lama, mungkin selama-lamanya. Tetapi kita tahu bahawa kita tidak boleh, kita masih perlu terus mewartakan Berita Baik kepada orang lain. Kita telah nampak sepintas lalu siapa Yesus yang sebenarnya, dan oleh itu adalah giliran kita untuk berkongsi bayangan sekilas ini dengan orang lain. Adakah kita masih terperangkap di puncak gunung? Atau adakah kita sudah mula misi kita dalam membawa kegembiraan Kristus kepada orang lain?

Sabtu, 4 Mac 2017
Minggu Prapaska Pertama Tahun A
Apabila kita melakukan sesuatu yang salah atau membuat kesilapan, berapa ramaikah antara kita yang sanggup mengakuinya? Sesetengah daripada kita mungkin cuba untuk diam begitu saja dan berharap tiada siapa yang akan mengetahui apa yang telah kita lakukan. Ada pula yang mula meletakkan kesalahan pada orang lain dan cuba untuk mencari kambing hitam untuk dipersalahkan bagi pihak kita. Berapa ramaikah daripada kita yang jujur dan rela bersedia untuk berkata/memohon maaf dan terus mara?
Dalam bacaan hari ini, kita diingatkan bahawa Adam dan Hawa berdosa kerana mereka tidak mahu mengakui perbuatan mereka yang salah. Adam menyalahkan Hawa kerana menyebabkan dia makan buah larangan. Hawa menyalahkan ular kerana menggodanya memakan buah tersebut. Ia adalah suatu kitaran niat jahat yang berterusan. Awak menyalahkan saya, saya menyalahkan awak, dan pada akhirnya, kita mungkin berakhir dengan bertengkar berlebih-lebihan pada perkara yang paling remeh, hanya untuk memastikan yang kita kelihatan baik. Sikap ini berunsur bangga diri, angkuh, di mana kita enggan mengakui kelemahan kita dan berbelas kasihan tentang kelemahan orang lain.
Injil hari ini memberi kita gambaran lain. Yesus dapat mengatasi godaan dari syaitan. Ada yang mungkin berkata: "Tetapi Dia adalah Allah! Pasti sebagai Allah, Dia adalah di luar godaan!" Walau bagaimanapun, kita tidak harus lupa bahawa Yesus juga adalah manusia. Sebagai manusia, Dia boleh tergoda. Bentuk-bentuk godaan yang syaitan gunakan pada Yesus adalah rasa tidak puas hati, bangga diri dan tidak taat. Tetapi Dia tahu bahawa apa yang syaitan tawarkan pada diri-Nya semata-mata pembohongan. Apabila kita tidak berpuas hati, kita mula berfikir bahawa Allah tidak memberi kita apa yang kita perlukan. Bangga diri menyebabkan kita berfikir bahawa kita adalah lebih kuat dan lebih penting, dan kepala kita mula 'besar'/angkuh. Tidak taat adalah disebabkan apabila kita tunduk kepada syaitan daripada Tuhan, dan kita boleh berbuat demikian apabila kita menganggap benda dan objek lain sebagai tuhan.
Yesus enggan tunduk pada godaan ini kerana Dia tahu bahawa Dia dikasihi Tuhan. Kita juga dikasihi Tuhan. Kita adalah berharga di mata Tuhan. Kita tidak perlu untuk membuktikan diri kita kepada Allah atau kepada sesiapa. Allah boleh dan akan memberi kepada kita. Adakah kita bersedia untuk menjadi rendah hati dan sabar, membenarkan Allah untuk menjaga kita dan memberikan kita apa yang kita perlukan menurut hikmat-Nya? Atau adakah kita akan terus melakukan sesuatu dengan cara kita sendiri? Kadang-kadang, apabila kita menuntut terlalu banyak hak-hak kita, tiada apa yang akan tinggal.

Rabu, 1 Mac 2017
Hari Raya Abu
Hari Rabu Abu menandakan permulaan musim Prapaska. Apabila kita berfikir tentang musim Prapaska, apakah sesetengah perkara yang kita fikirkan? Sesetengah daripada kita berfikir tentang pergi ke gereja untuk menerima pengenaan abu di atas dahi kita pada hari Rabu Abu, sesetengah berfikir tentang pantang dan puasa pada hari-hari tertentu, sesetengah berfikir tentang Jalan Salib yang biasanya diadakan pada hari Jumaat semasa Prapaska, malah ada berfikir tentang membuat pengakuan di salah satu daripada gereja-gereja yang ada pengakuan dosa. Semua niat ini adalah amalan dan kesemuanya adalah baik. Tetapi apakah bentuk amalan tersebut? Ia berbentuk zahir atau amalan luaran taqwa, dan jika kita mengejar hanya amalan luaran, kita mungkin berakhir dengan kehilangan seluruh makna Prapaska, iaitu membawa kita untuk rekonsilasi dengan Allah dan dengan satu sama lain, dan akhirnya membawa kita kepada pertaubatan dalaman. Tetapi adakah amalan-amalan ini memadai dengan disebut? Mungkin kita perlu melihat semula tiga amalan yang kita sering dengar terutama semasa Prapaska, tetapi kita mungkin tidak sepenuhnya mengerti atau memahami apa yang dimaksudkan. Tiga amalan tersebut adalah doa, puasa dan sedekah.
Apabila kita bercakap mengenai doa, kita bercakap tentang mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan Tuhan. Kadang-kadang kita mungkin telah menjadi begitu biasa berdoa tanpa berfikir doa seperti rosari, kerahiman ilahi, doa kepada Hati Kudus atau devosi yang berlainan bentuk, sebab doa kita adalah daripada tabiat atau daripada tradisi yang diturunkan kepada kita dari orang tua kita. Tetapi dengan berdoa doa sedemikian, adakah kita benar-benar bertambah lebih dekat dengan Allah? Doa perlu mengubah kita dan memimpin kita untuk lebih mempercayai Allah dan meletakkan kehidupan kita dalam kawalan-Nya. Adakah doa kita membolehkan kita untuk berbuat demikian? Atau adakah doa kita menjadi satu bentuk celoteh, bercakap banyak perkara tetapi tidak bererti?
Apabila kita bercakap tentang puasa, kita berpuasa bukan kerana kita mahu menyeksa atau menghukum badan kita, dan puasa bukan bertujuan untuk digunakan sebagai alasan atau satu cara untuk menurunkan berat badan. Kita berpuasa kerana kita mahu dahagakan Tuhan, dan mengutamakan Tuhan di dalam hidup kita. Puasa membantu kita menimbang semula nilai-nilai kita dalam kehidupan, dan membimbing kita untuk menolak dan menafikan tarikan godaan, terutamanya yang memenuhi kehendak kita sendiri. Puasa membebaskan kita dari ketamakan, dan menjadikan kita lebih peka terhadap keperluan orang lain.
Apabila kita bersedekah, kita berbuat demikian bukan kerana kita mengasihani orang miskin atau mereka yang kurang bernasib baik. Kita memberi sedekah kerana ia mengingatkan kita keperluan untuk berada dalam perpaduan dengan semua, terutama golongan miskin. Memberi derma mengingatkan kita bahawa semua perkara datang dari Allah, tiada apa yang benar-benar milik kita, dan dengan itu kita tidak harus berpaut kepada perkara tersebut untuk kepentingan sendiri. Memberi derma mengingatkan kita bahawa manusia jauh lebih penting daripada kebendaan.
Tatkala kita memulakan musim Prapaska, marilah kita mengambil keberanian dan membiarkan Tuhan membantu kita mendalami kehidupan doa kita, dan membantu kita untuk menjadi rendah hati dan jinak dalam puasa kita dan juga dalam kemurahan hati kita untuk berkongsi dengan orang miskin. Marilah kita melakukan semua perkara ini bukan kerana semata-mata amalan luaran, atau untuk menunjuk-nunjuk, tetapi kerana kita mahu semakin lebih dekat kepada Tuhan, berjalan pada jalan-Nya dan membenarkan-Nya menjadi rezeki dan panduan kta.

Langgan:
Catatan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...