Adakah anda tahu siapa diri anda sebenarnya? Adakah anda benar-benar tahu siapa orang di sebelah anda? Kadang-kadang kita tidak sedar siapa sebenar seseorang itu sehingga dia mendedahkan dirinya yang sebenar. Ada yang mengatakan bahawa untuk benar-benar mengenali seseorang, perlu untuk memabukkan orang tersebut, baru dirinya yang sebenar muncul. Selain daripada itu , kita tidak akan mengenal orang itu sepenuhnya.
Murid-murid dalam Injil hari ini juga tidak benar-benar mengenali siapa Yesus sebenarnya. Mereka telah melihat-Nya melakukan mukjizat, penyembuhan orang sakit dan menyampaikan khutbah yang hebat. Namun mereka masih tidak sedar akan sifat sebenar Yesus. Apabila Yesus berubah rupa, baru kemudiannya mereka nampak sepintas lalu identiti sebenar Yesus. Ia pasti menggerunkan, begitu menakjubkan, murid-murid terpesona, dan mereka mahu terus terpesona lebih lama, memandangkan Petrus telah mencadangkan untuk membina 3 khemah supaya mereka boleh berada di situ seketika. Namun tiada perkara yang akan bertahan dengan begitu selama-lamanya. Ia telah sampai masa untuk kembali ke dunia, dan murid-murid diingatkan untuk mendengar Yesus dan tidak berkata-kata tentang penglihatan itu kepada sesiapa pun sebelum Anak Manusia dibangkitkan dari antara orang mati.
Kita mungkin juga telah mengalami pengalaman puncak gunung kita. Kita ingin untuk berada di sana lebih lama, mungkin selama-lamanya. Tetapi kita tahu bahawa kita tidak boleh, kita masih perlu terus mewartakan Berita Baik kepada orang lain. Kita telah nampak sepintas lalu siapa Yesus yang sebenarnya, dan oleh itu adalah giliran kita untuk berkongsi bayangan sekilas ini dengan orang lain. Adakah kita masih terperangkap di puncak gunung? Atau adakah kita sudah mula misi kita dalam membawa kegembiraan Kristus kepada orang lain?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan