Apabila kita melakukan sesuatu yang salah atau membuat kesilapan, berapa ramaikah antara kita yang sanggup mengakuinya? Sesetengah daripada kita mungkin cuba untuk diam begitu saja dan berharap tiada siapa yang akan mengetahui apa yang telah kita lakukan. Ada pula yang mula meletakkan kesalahan pada orang lain dan cuba untuk mencari kambing hitam untuk dipersalahkan bagi pihak kita. Berapa ramaikah daripada kita yang jujur dan rela bersedia untuk berkata/memohon maaf dan terus mara?
Dalam bacaan hari ini, kita diingatkan bahawa Adam dan Hawa berdosa kerana mereka tidak mahu mengakui perbuatan mereka yang salah. Adam menyalahkan Hawa kerana menyebabkan dia makan buah larangan. Hawa menyalahkan ular kerana menggodanya memakan buah tersebut. Ia adalah suatu kitaran niat jahat yang berterusan. Awak menyalahkan saya, saya menyalahkan awak, dan pada akhirnya, kita mungkin berakhir dengan bertengkar berlebih-lebihan pada perkara yang paling remeh, hanya untuk memastikan yang kita kelihatan baik. Sikap ini berunsur bangga diri, angkuh, di mana kita enggan mengakui kelemahan kita dan berbelas kasihan tentang kelemahan orang lain.
Injil hari ini memberi kita gambaran lain. Yesus dapat mengatasi godaan dari syaitan. Ada yang mungkin berkata: "Tetapi Dia adalah Allah! Pasti sebagai Allah, Dia adalah di luar godaan!" Walau bagaimanapun, kita tidak harus lupa bahawa Yesus juga adalah manusia. Sebagai manusia, Dia boleh tergoda. Bentuk-bentuk godaan yang syaitan gunakan pada Yesus adalah rasa tidak puas hati, bangga diri dan tidak taat. Tetapi Dia tahu bahawa apa yang syaitan tawarkan pada diri-Nya semata-mata pembohongan. Apabila kita tidak berpuas hati, kita mula berfikir bahawa Allah tidak memberi kita apa yang kita perlukan. Bangga diri menyebabkan kita berfikir bahawa kita adalah lebih kuat dan lebih penting, dan kepala kita mula 'besar'/angkuh. Tidak taat adalah disebabkan apabila kita tunduk kepada syaitan daripada Tuhan, dan kita boleh berbuat demikian apabila kita menganggap benda dan objek lain sebagai tuhan.
Yesus enggan tunduk pada godaan ini kerana Dia tahu bahawa Dia dikasihi Tuhan. Kita juga dikasihi Tuhan. Kita adalah berharga di mata Tuhan. Kita tidak perlu untuk membuktikan diri kita kepada Allah atau kepada sesiapa. Allah boleh dan akan memberi kepada kita. Adakah kita bersedia untuk menjadi rendah hati dan sabar, membenarkan Allah untuk menjaga kita dan memberikan kita apa yang kita perlukan menurut hikmat-Nya? Atau adakah kita akan terus melakukan sesuatu dengan cara kita sendiri? Kadang-kadang, apabila kita menuntut terlalu banyak hak-hak kita, tiada apa yang akan tinggal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan