Sesetengah kita mungkin pernah mendengar kisah para mubaligh Kristian mengembara ke tempat jauh untuk memberitakan Berita Baik. Sebahagian daripada kita mungkin telah dipengaruhi oleh filem atau televisyen, mengenai pengembaraan dan keterujaan para mubaligh Kristian ini mengatasi rintangan, mendaki gunung-ganang, merentas lembah serta menyeberang sungai, dan misi Kristian berjaya bertapak di mana sahaja mereka pergi. Tetapi kerap kali, adegan filem atau televisyen tersebut tidak mencerminkan realiti yang dihadapi oleh para mubaligh Kristian. Realitinya menjadi seorang mubaligh Kristian adalah tugas yang sukar dan tidak membawa manfaat. Yesus tidak pernah menjanjikan kepada kita bahawa ia akan menjadi mudah atau lancar, tetapi memberi amaran kepada murid-murid-Nya dan juga kita, bahawa mereka akan menghadapi penganiayaan, dan menghadapi pelbagai halangan, seperti bantahan daripada keluarga dan rakan-rakan, kritikan, iri hati dari orang lain, kedegilan orang yang kita cuba untuk dekati, dan banyak lagi halangan lain. Apakah yang berlaku apabila kita berhadapan dengan begitu banyak halangan? Kita cenderung untuk tawar hati dan putus asa. Ini menyebabkan sebahagian daripada kita tidak mahu mencuba, kerana ada yang takut gagal walaupun sebelum mereka mula. Apabila kita berasa tawar hati, kita mungkin dihalang daripada memulakan misi Kristus. Bukankah kedengaran seperti situasi yang menakutkan dan tiada harapan?
Tapi tunggu! Semua tidak hilang. Pembacaan hari ini memberi kita banyak harapan, jaminan dan galakan. Tuhan tidak mengatakan bahawa semua akan menjadi baik atau Dia akan menyelesaikan semua masalah kita, menghapuskan semua halangan, dan menjadikan kehidupan mudah untuk kita. Sebagai saksi pada Yesus Kristus, kita pasti bertembung dengan tentangan, menghadapi penyingkiran, dan berdepan banyak kritikan daripada orang lain. Mengapa, sebab Yesus sendiri juga telah disingkir oleh umat-Nya sendiri. Justeru apakah mesej Allah untuk kita? Mesej Allah ialah: "Janganlah takut." Janganlah takut, sebab tatkala Injil hari ini memberitahu kita: "tidak ada sesuatupun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi yang tidak akan diketahui." Janganlah takut pada apa-apa halangan atau orang yang seolah-olah menghalang perjalanan misi anda dalam melakukan kehendak Tuhan, kerana seperti bacaan pertama mengingatkan kita: "Tuhan ada pada-Mu, seorang wira perkasa" dan Dia akan menyelamatkanmu.
Jadi apakah maknanya? Ini bermakna bahawa kita perlu keberanian. Keberanian tidak bermakna kita percaya dan bergantung kepada kekuatan dan keupayaan kita sendiri. Keberanian bermakna kita tahu dan percaya bahawa Tuhan mengasihi kita dan kita adalah berharga di mata-Nya. Yesus menggunakan contoh dua ekor burung pipit yang boleh dibeli dengan harga satu sen pun. Satu sen dan burung pipit mungkin kelihatan kecil dan tidak bernilai, tetapi di mata Allah, setiap burung cukup berharga bagi Allah untuk ambil perhatian. Bagaimana pula dengan nilai kita? Yesus memberitahu kita dalam Injil: "Sebab itu janganlah kamu takut, kerana kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit."
Oleh itu marilah kita tidak berputus asa, jangan menjadi takut, dan jangan tawar hati. Dalam bacaan kedua hari ini, St. Paulus menyakinkan kita: "Sebab, jika kerana pelanggaran satu orang semua orang telah jatuh di dalam kuasa maut, jauh lebih besar lagi kasih kurnia Allah dan kurnia-Nya, yang dilimpahkan-Nya atas semua orang kerana satu orang, iaitu Yesus Kristus." Marilah kita dengan berani mengisytiharkan Yesus di hadapan semua orang, dan tidak kira apa yang berlaku, semoga kita sentiasa ingat bahawa kita adalah berharga di mata Allah. Semoga kita tidak pernah menyesal akhirnya kerana tidak cuba pada mulanya, tetapi menjadi berani dalam usaha kita, dan memuliakan Allah dalam segala yang kita katakan dan lakukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan