Jumaat, 22 Januari 2016

Jumaat Minggu Biasa Ke 2 Tahun 2

Sudahkah kita mempelajari sifat belas kasihan dan kasih sayang? Atau adakah kita masih mempunyai sifat membalas dendam? Apabila peluang sedemikian timbul, adakah kita akan berbelas kasihan, atau adakah kita akan menuntut supaya keadilan diperlakukan? Ada di antara kita yang akan berkata kita akan berbelas kasihan, mengikuti tunjuk ajar Tuhan Yesus. Tetapi jika seseorang telah terlalu menyakiti kita atau melukakan kita dengan cara yang memudaratkan kepada diri kita atau terhadap salah seorang yang kita kasihani, adakah kita masih akan berbelas kasihan? Atau adakah kita akan tunduk kepada menuntut keadilan dan menjalankan hukuman?

Di dalam pembacaan hari ini, Daud dan anak buahnya telah diberi peluang yang terbaik untuk menyingkirkan Saul. Anak buah David inginkan keadilan diperlakukan kepada Saul dan berfikir mereka mempunyai peluang yang terbaik untuk menuntut keadilan dan menyingkirkan Saul. Tetapi Daud memilih untuk menunjukkan belas kasihan terhadap Saul, walaupun Saul dengan sepenuh hati hendak memusnahkan dia. David juga tidak membenarkan anak buahnya untuk melukakan Saul sedikit pun. Jika kita berada di dalam situasi Daud, adakah kita akan boleh melakukan yang sama?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...