Khamis, 14 Januari 2016

Khamis Minggu Biasa Pertama Tahun 2

Adalah menarik memerhatikan kelakuan beberapa orang apabila mereka menginginkan dan memerlukan sesuatu. Ada di antara mereka akan secara spontan berlaku lebih baik terhadap orang lain atau lebih berdoa, dengan harapan Tuhan akan memberi perhatian dan berlaku baik kepada mereka kembali dan mengabulkan segala keinginan dan keperluan mereka. Ada pula yang akan menjadi lebih menuntut terhadap Tuhan, mengharapkan Tuhan akan mendengar doa dan permohonan mereka. Tetapi, apakah yang akan berlaku jika Tuhan tidak memberikan apa yang di inginkan dan diperlukan? Ada di antara orang sedemikian akan mula memandang kepada tuhan-tuhan yang lain atau cara yang lain, dengan memikirkan mereka akan mendapatkan apa yang diinginkan tidak kira dengan bagaimana cara pun. Tetapi, adakah Tuhan perlu mendengarkan permohononan dan mematuhi kehendak kita? Adakah kita cuba menguasai Tuhan dan membina kerajaan kita sendiri?

Di dalam pembacaan hari ini, pihak Yahudi cuba memaksa Tuhan untuk membantu mereka di dalam pertempuran mereka menentang pihak Filistin. Mereka membawa Tabut Perjanjian Tuhan ke tempat perkhemahan mereka, memikirkan Tuhan tidak akan mempunyai pilihan kecuali mempertahankan dan menyelamatkan mereka, kerana di dalam fikiran mereka, mereka memikirkan Tuhan berada di dalam Tabut Perjanjian Tuhan dan Dia tidak akan membenarkan Tabut Perjanjian Tuhan dirampas dan dimusnahkan oleh pihak luar. Tetapi, apa yang gagal di sedari oleh pihak Yahudi ialah pemikiran Tuhan adalah belainan dengan pemikiran kita dan cara Tuhan adalah berlainan dengan cara kita. Tuhan akan bertindak mengikut kehendakNya, menurut termaNya, dan untuk tujuanNya. Akhirnya, Tabut Perjanjian Tuhan dirampas: sesuatu malapetaka besar kepada pihak Yahudi, tetapi tidak kepada Tuhan.

Bagaimanapula dengan diri kita? Adakah kita cuba menuntut Tuhan melakukan kemahuan kita? Adakah kita sudah lupa bahawa Tuhan adalah Tuhan, dan bahawa kita seharusnya melakukan kerja-kerja untuk membina kerajaan Tuhan dan untuk kemuliaanNya, bukan untuk diri kita? Semoga kita dapat mempelajari untuk merendahkan diri dan jinak, membenarkan Tuhan menjadi pembantu dan petunjuk kita, dan berserah kepada KehendakNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...