Adakah anda mengenali Yesus? Adakah anda tahu jika Yesus berdiri di hadapan anda sekarang? Ada di antara kita yang mengaku telah melihat Yesus. Ada yang mendakwa telah merasakan kehadiranNya. Ada yang menggelar Yesus sebagai kawan, penyelamat, penebus mereka, dan banyak lagi gelaran lain. Namun adakah anda benar-benar tahu dan mengenali Dia? Adakah anda tahu apa yang Yesus harapkan dari kita?
Dalam Injil hari ini, terdapat pelbagai jenis orang yang terbabit dengan Yesus. Terdapat Raja Herodes yang dikenali sebagai Herodes Agung, kerana baginda memiliki wilayah yang luas. Raja Herodes digelar Agung, tetapi baginda hanyalah boneka kerajaan Rom dan terpaksa "kow tow" atau memberi penghormatan kepada orang Rom, kerana kuasa baginda tertakluk pada belas kasihan dari mereka. Raja Herodes sentiasa hidup dalam ketakutan dan paranoia, kerana kuasa-Nya boleh diambil dari baginda pada bila-bila masa, atas desakan dan keinginan orang Rom. Raja Herodes ada mendengar tentang Yesus, tetapi tidak mengenali Dia. Apa yang baginda tahu ialah Yesus merupakan ancaman terhadap cubaan baginda untuk terus berkuasa. Herodes tidak melihat Yesus sebagai tercapainya nubuatan Perjanjian Lama dan tidak mengenali Yesus sebagai yang dijanjikan, yang lama ditunggu-tunggukan oleh umat-Nya. Dia melihat Yesus sebagai ancaman yang harus dihapuskan, tetapi seperti yang kita ketahui, Raja Herodes gagal untuk menyingkirkan Yesus, sebaliknya, pada akhirnya, baginda sendiri telah disingkirkan.
Terdapat orang majus dari Timur yang mengikuti bintang dan mencari Yesus. Orang majus ini mungkin tidak mengenali Yesus sepenuhnya, tetapi ketika mereka akhirnya menemukan Dia di dalam palungan, mereka memberi penghormatan kepada bayi Yesus dan dengan berbuat demikian mengakui dia sebagai Raja segala raja. Satu lagi kumpulan orang yang mengenali Yesus adalah gembala-gembala. Gembala-gembala ini adalah yang termiskin dari golongan miskin dan dianggap secara ritual najis kerana jenis kerja yang mereka lakukan. Tetapi tidak seperti orang Yahudi yang lain, gembala-gembala ini mengenali Yesus dan “Lalu mereka cepat-cepat berangkat dan menjumpai Maria dan Yusuf dan bayi itu, yang sedang berbaring di dalam palungan. Dan ketika mereka melihat-Nya, mereka memberitahukan apa yang telah dikatakan kepada mereka tentang Anak itu. Dan semua orang yang mendengarnya hairan tentang apa yang dikatakan gembala-gembala itu kepada mereka. Tetapi Maria menyimpan segala perkara itu di dalam hatinya dan merenungkannya. Maka kembalilah gembala-gembala itu sambil memuji dan memuliakan Allah karena segala sesuatu yang mereka dengar dan mereka lihat, semuanya sesuai dengan apa yang telah dikatakan kepada mereka."
Hari ini, Yesus telah menunjukkan dirinya kepada kita semua. Ramai di antara kita mengambil mudah yang kita tahu dan mengenali Dia, tetapi adakah kita benar-benar dan secara jujur mengenali dia? Adakah kita telah dibutakan oleh kebanggaan dan prasangka kita, cita-cita kita, kuasa kita, kekayaan kita, terlalu banyak sehingga kita fikir kita mengenali Yesus tetapi menurut istilah kita sendiri? Adakah kita bersedia merendah diri seperti gembala-gembala dan orang majus dari Timur, dan mengenali Yesus di kalangan orang miskin, yang lemah, yang rendah hati, dan juga yang dianggap tidak penting? Mari kita membuka mata dan hati kita, supaya kita benar-benar mengenali Yesus pada orang lain, dan marilah kita membawa kasihNya dan keprihatinan kepada semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan