Rabu, 13 Januari 2016

Rabu Minggu Biasa Pertama Tahun 2

Sesuatu kerjaya adalah seruan Tuhan dan kita dijemput untuk bertindak kepada seruan tersebut. Ada akan memilih untuk bertindak kepada seruan tersebut dengan sepenuh hati; ada pula yang akan bertindak dengan keraguan atau dengan perassan takut; sementara ada pula yang akan memilih untuk tidak mengendahkan dan menolak seruan tersebut. Persoalannya: Bagaimanakah kita boleh mengetahui samada Tuhan menyeru kita? Kadangkala kita mungkin akan diseru oleh Tuhan, tetapi kita mungkin tidak mengenali suaraNya. Disinilah kita berkemungkinan memerlukan bantuan dengan mendapatkan nasihat dari seseorang yang lain seperti seorang paderi, ahli ulama, pengarah kerjaya, atau sesiapa yang dapat membantu kita untuk membezakan samada kita diseru oleh Tuhan, atau hanya berkhayal. Orang sedemikian akan bersama-sama kita di dalam perjalanan tersebut buat seketika, supaya dengan harapan kita akan dapat mengenali seruan Tuhan dan membuat pilihan.

Di dalam pembacaan hari ini, kita membaca tentang Samuel diseru oleh Tuhan, tetapi Samuel tidak dapat mengenali suara Tuhan, kerana dia "tidak tahu bahawa yang memanggilnya itu Tuhan , kerana belum pernah Tuhan berfirman kepadanya". Nasib baik bagi Samuel, Eli ada bersamanya dan dia "sedar bahawa Tuhan yang memanggil anak itu". Dengan bantuan Eli, Samuel mampu bertindak kepada seruan Tuhan, dan kemudiannya "segenap umat Israel dari seluruh negeri itu mengakui bahawa Samuel ialah nabi Tuhan."

Bagaimana pula dengan diri kita? Sudahkah kita menerima seruan Tuhan kepada cara hidup kita? Adakah kita dapat mengenali suara Tuhan? Ada di antara kita yang bernasib baik kerana dapat mengenali suara Tuhan dengan sendirinya. Ada pula yang akan memerlukan sedikit bantuan daripada seseorang yang lain, terutama daripada seseorang yang telah diseru dan mengenali suara Tuhan. Tidak kiralah bagaimana kesnya, semoga kita dapat membezakan dan berfikir secara mendalam,dan semoga kita dengan murahhati di dalam bertindak untuk kemuliaan Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...