Jumaat, 15 Januari 2016

Jumaat Minggu Biasa Pertama Tahun 2

Kadangkala kita memohon daripada Tuhan untuk sesuatu tanpa menyedari akan akibat permohonan tersebut. Contohnya, ada di antara kita yang memohon Tuhan membantu kita di dalam memenangi loteri supaya kita mempunyai cukup kekayaan untuk penghidupan seterusnya; atau ada yang memohon Tuhan membantu mendapatkan kerjaya yang kita idamkan. Tetapi masalahnya ialah, jikalau kita telah dikurniakan permohonan itu, apa berlaku seterusnya? Bila kita memenangi loteri, kita mungkin kaya, tetapi kita mungkin mula merasa kurang selamat dan ketakutan, dan akhirnya mencari jalan dan cara untuk mempertahankan diri kita dan memastikan harta kita selamat daripada pencuri dan perompak (yang dikhayalkan atau yang benar). Bila kita dikurniakan kerjaya yang diidamkan, kita mungkin gembira buat seketika, tetapi kerja tersebut mungkin bertukar menjadi lebih mencabar di luar sangkaan kita, dan menyebabkan kita berasa tertekan atau menimbulkan masalah kesihatan, masalah keluarga, dan isu-isu lain yang mungkin timbul. Jadi, akhirnya, adakah apa yang kita pohon daripada Tuhan supaya Tuhan mengurniakan kepada kita itu sebenarnya baik atau membantu kita secara seterusnya? Adakah kita memohon untuk kepuasan diri kita, atau untuk kemuliaan Tuhan?

Para umat Israel di dalam pembacaan hari ini meminta Samuel untuk memberikan mereka seorang raja. Kepada Samuel, mereka hanya memerlukan seorang Raja iaitu Tuhan sahaja, tetapi para umat Israel tidak gembira, tidak berpuas hati, tidak bercukupan. Mereka mahukan seorang raja manusia, dengan memikirkan bahawa seorang raja manusia dapat membawa mereka kepada kemasyhuran, prestij, kekayaan dan kuasa. Tetapi, jika kita lihatkan seluruh sejarah Israel, seorang raja manusia hanya membawa malu, kemusnahan, penyalahgunaan dan juga buangan negeri kepada umat Israel.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita masih berdegil dan keras kepala dengan berkeras supaya Tuhan memberikan kita permohonan kita? Mungkin apa yang kita pohonkan sebenarnya bukanlah sesuatu yang kita mahu atau perlukan. Semuga kita membukakan hati, berendah diri dan dengan sejinaknya untuk membenarkan Tuhan melakukan segala yang terbaik untuk kita, kerana Dia sahajalah yang mengetahui dengan sebenarnya keinginan dan keperluan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...