Dalam kitab suci, kita menemui ramai nabi yang berbeza. Sesetengah antara kita mengingati mereka dengan nama serta turut memetik beberapa perkara yang mereka katakan. Malah pada hari ini, kita menemui sesetengah orang yang mendakwa diri mereka sebagai nabi. Kadangkala, tuntutan mereka adalah benar, ada masanya tuntutan mereka berubah menjadi palsu. Tetapi jika kita berfikir sejenak: Siapakah seorang nabi? Bagaimana kita membezakan sama ada seseorang itu adalah nabi atau tidak? Seorang nabi merupakan utusan, lidah atau jurucakap Allah. Dia datang untuk mengenal kehendak Tuhan pada zamannya, iaitu, apa yang Allah cuba katakan kepada umat-Nya pada masa yang tertentu, dalam keadaan tertentu dan di tempat yang tertentu. Seorang nabi bukan orang yang akan berdiam diri, tetapi diharap menerima dan mewartakan mesej Allah. Jika nabi gagal mewartakan mesej atau mengabai tanggungjawabnya, Allah akan melantik nabi yang lain untuk menjalankan tugas.
Menjadi seorang nabi bukan mudah dan pastinya bukan suatu jenaka atau bahan gurauan. Kadangkala, nabi tersebut diminta menyampaikan mesej harapan dan galakan kepada umat Allah. Ada masanya, nabi diberikan tugas untuk mencabar dan mengutuk orang atas dosa-dosa mereka, dengan menjadi suara hati bangsa. Ini menyebabkan nabi berdepan dengan tentangan dan bantahan, memandangkan semua orang suka mendengar pujian serta kata-kata galakan dan tiada siapa pun suka mendengar kritikan. Namun, kritikan itu perlu bagi kita untuk berkembang. Jika kita tidak terbuka kepada kritikan dan tidak jujur dengan diri kita sendiri, kita menjadi buta ke mana Tuhan mahu memimpin kita.
Apabila kita melihat Al-Kitab hari ini, kita diingatkan bahawa Yesus bercakap mengenai ramai nabi dalam sejarah Israel yang telah ditolak rakyat mereka sendiri dan kadangkala diterima orang lain. Yesus juga merupakan nabi begitu, dan disebabkan Dia memilih untuk menegur pendengarnya dalam Al-Kitab hari ini, Yesus turut ditolak. Firman Allah adalah pedang bermata dua yang boleh membelah pada kedua-dua belah. Kita mesti bersedia mendengar kata-kata galakan mahupun kata-kata yang akan mencabar cara hidup kita sekarang. Tetapi adakah kita bersedia dan cukup rendah diri untuk berbuat demikian?
Memainkan peranan nabi sudah pasti sukar, kerana tidak ada yang mahu menjadi orang jahat. Ia seolah-olah lebih mudah untuk bercakap tentang orang di belakang mereka dari berdepan dengan mereka. Sebagai orang Nabi, kita dipanggil untuk menghadapi dan mencabar antara satu sama lain. Konfrontasi tidak bermakna bahawa kita tidak mempunyai kasih. Sebaliknya, kasih adalah sebab mengapa kita mesti menghadapi dan bertindak nabi. Dalam bacaan kedua, kita diingatkan bahawa kasih sentiasa penuh kesabaran dan kebaikan, ia tidak pernah cemburu, tidak bermegah-megah atau sombong, atau kurang ajar atau mementingkan diri sendiri. Seorang nabi bukan seorang yang keras, kedekut, jahat dan kejam, tetapi penuh dengan kasih kepada Allah dan umat-Nya sehingga bersedia mengambil risiko ditolak bangsanya sendiri dan berdepan konsekuens/akibat bercakap benar. Semoga kita rela, sabar dan rendah hati menerima cabaran untuk menjadi nabi, dengan kasih sebagai motivasi kita, memandangkan tanpa kasih, kita tidak boleh menjadi nabi yang sejati, tetapi kita mungkin hanya berakhir menjadi pengadu dan pengkritik. Marilah kita berdoa untuk kekuatan dan keberanian bercakap benar dengan penuh kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan