Jumaat, 29 Januari 2016

Jumaat Minggu Biasa Ke 3 Tahun 2

Dari masa ke semasa, ada di antara kita yang mungkin telah terjatuh dan melakukan dosa. Tidak kiralah samada dosa itu berat atau tidak, tetapi apakah tindak balas kita setelah berdosa? Ada yang akan berusaha untuk pergi mendapat pengakuan dan melakukan penebusan dosa, supaya roh kita akan sentiasa bersih sebersihnya. Tetapi, ada pula yang akan cuba menafikan melakukan dosa-dosa sedemikian. Ada pula yang akan cuba menyembunyikannya dan berpura-pura tiada apa yang berlaku. Tetapi akhirnya, kita akan dihadapi dengan dosa-dosa yang dilakukan. Apabila ini berlaku, apakah tindak balas kita? Adakah kita akan akhirnya mengaku kepada dosa itu, memohon ampun dan meneruskan hidup? Atau adakah kita akan terus hidup di dalam penafian, dan berkemungkinan melakukan dosa yang lebih berat?

Di dalam pembacaan hari ini, kita memperlihatkan bagaimana sesetengah orang cuba menyembunyikan atau menghapuskan bukti salahlaku mereka, dan berakhir melakukan kesalahan yang lebih teruk. Raja Daud telah melakukan khalwat apabila dia meniduri isteri orang lain, dan menyebabkan Batsyeba hamil. Kemudian dia cuba menyembunyi bukti salahlaku tersebut dengan mengalakkan Uria untuk balik ke rumah untuk bersama isterinya, Batsyeba, dengan harapan Uria akan berfikir kemudiannya bahawa kehamilan isterinya adalah yang diperlakukannya. Apabila rancangan itu gagal, Daud kemudiannya menghapuskan Uria. Daripada satu dosa yang berat, Raja Daud membuat kesilapan dan melakukan pula dosa yang lain, dan berakhir melakukan pembunuhan, satu lagi dosa yang teramat sangat.

Hari ini, jika kita menyedari melakukan dosa, janganlah kita cuba menafikan dan menyembunyikan bukti salah laku kita. Kita mungkin berfikir bahawa kita boleh memperbodohkan orang lain, tetapi kita tidak dapt memperbodohkan Tuhan. Marilah kita mengakui dosa-dosa kita, memohoan keampunan melalui Sakramen Pendamaian, melakukan penebusan dosa, dan meneruskan hidup. Lagipun, tiada apa yang sebenarnya patut di banggakan di dalam melakukan dosa, dan semoga kita merendah diri dan bersedia untuk memohon ampun dan mengubah hidup kita, sementara kita mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...