Menarik sekali melihat bagaimana sesetengah keluarga mengatur altar keluarga mereka di rumah. Biasanya, mereka mempunyai patung Bonda Maria atau Yesus di tempat yang mudah dilihat pada altar keluarga, beberapa utas rosari termasuk Al-Kitab, terbuka pada bab dan ayat tertentu yang mungkin kegemaran ahli keluarga. Namun, Al- Kitab bukan sekadar menjadi barang hiasan pada altar keluarga, atau disimpan. Al-Kitab untuk dibaca, dan ayat-ayatnya memupuk kita dari aspek spiritual.
Apabila kita menghadiri Misa, kita bukan sahaja mendapat khasiat/manfaat dari Ekaristi semasa Liturgi Ekaristi, kita turut menerima khasiat/manfaat dari Firman Tuhan dalam Liturgi Firman. Persoalannya ialah: Adakah anda benar-benar memberi perhatian kepada bacaan atau anda hanya menunggu untuk menerima Komuni Kudus? Jika kita tidak memberi perhatian pada bacaan semasa Liturgi Firman atau sanggup membaca dan mengkaji Al-Kitab, kita mungkin telah ketinggalan satu aspek penting dalam Misa, iaitu Liturgi Firman. Liturgi Firman tidak kurang pentingnya berbanding Liturgi Ekaristi, sebab kedua-duanya mempunyai taraf yang sama penting. Yesus hadir dalam Sakramen Maha Kudus dan juga dalam firman yang diwartakan pada separuh pertama Misa.
Dalam Al-Kitab hari ini, kita diingatkan bahawa Yesus adalah Firman Allah yang telah datang ""untuk menyampaikan khabar baik kepada orang-orang miskin; untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan penglihatan bagi orang-orang buta, untuk membebaskan orang-orang yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat Tuhan telah datang." Jika kita tidak memberi perhatian kepada bacaan setiap hari minggu, kita mungkin kehilangan janji-janji tersebut. Jika kita tidak berusaha untuk mendengar firman Tuhan, kita mungkin mendengar "berita buruk" yang membelenggu masyarakat dan pengalaman kita setiap hari sahaja. Berita baik di sebalik semua kejahatan yang kita lihat, dengar dan alami di sekeliling kita, merupakan penyelamatan Allah yang jauh lebih agung; dan bahawa Yesus, Firman Allah, telah menawan kejahatan dan kematian.
Mereka yang gagal mendengar firman Allah terus dibelenggu ketakutan dan ketidakpastian; tetapi Yesus menjanjikan kepada kita bahawa Dia telah datang untuk mewartakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan Dia yang boleh membebaskan kita jika kita mendengar kepada-Nya. Mereka yang gagal mendengar firman Allah akan terus menjadi buta kepada kesilapan dan dosa sendiri; tetapi Yesus telah datang untuk membebaskan kita dan mengembalikan penglihatan kita jika kita berpegang pada firman-Nya. Kita bebas dan dapat lihat semula, jika kita mendengar firman Allah dan respon kepadanya.
Jadi apa makna ini kepada kita? Ini bermakna kita perlu lebih berusaha memberi perhatian pada Firman Allah. Firman Allah mesti mempunyai tempat sentral dan penting dalam komuniti dan serta menjadi asas kehidupan kita. Tidak cukup sekadar membaca doa dan menghadiri Misa. Kita mesti membaca dan mengkaji Al-Kitab, dan mendengar dengan penuh perhatian pada Firman Allah semasa Misa, supaya Firman Allah boleh menjadi panduan kita sehari-hari dan mencari kepuasan dalam hidup kita. Semoga kita menjumpai manfaat spiritual dari Yesus melalui Firman-Nya serta melalui Ekaristi, dan berkongsi Berita Baik-Nya untuk semua di sekeliling kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan