Isnin, 1 Februari 2016

Isnin Minggu Biasa Ke 4 Tahun 2

Bila kita dihadapi kejahatan, apakah tindakan kita? Adakah kita membalas kejahatan dengan kejahatan? Atau adakah kita meletakkan iman dan kepercayaan kepada Tuhan, dan hanya melakukan apa yang perlu untuk diri kita, tapi bukan dengan hasrat memberontak atau membalas dendam. Rasanya ternoda untuk tunduk kepada pemikiran membalas dendam, tetapi apakah kita sebagai umat Kristian patut buat dan bagaimanakah harus kita bertindak?

Di dalam pembacaan hari ini, Raja Daud mengalami kekalahan yang teramat. Puteranya sendiri, Absalom, telah mengumpulkan sokongan yang mencukupi di kalangan orang orang Israel dan sedang memburu untuk membunuhnya. Bukan itu sahaja, Simei, salah seorang sanak saudara kepada Raja Saul menghampiri dan mengutuk Raja Daud serta melempar batu ke arahnya. Raja Daud boleh mengambil kesempatan ini sebagai alasan untuk membalas dendam dan memberontak, di dalam percubaan untuk mempertahankan takhtanya dan membasmi musuh-musuhnya, yang juga termasuk menyingkirkan puteranya dan Simei. Tetapi, adakah Raja Daud bertindak demikian? Tidak. Sebaliknya, dia memilih untuk merendahkan dirinya di hadapan Tuhan, dan menyerahkan nasibnya di atas tangan Tuhan, apabila dia berkata, "mungkin Tuhan akan memperhatikan penderitaan beta dan memberkati beta ..." Walaupun berhadapan dengan krisis, Raja Daud memilih untuk hadapinya dengan merendahkan diri dan bertaubat, serta menyerahkan kepercayaannya kepada belas kasihan Tuhan dan dia kekal setia kepada Tuhan.

Bagaimanapula dengan diri kita? Adakah kita boleh dan sanggup untuk bertindak secara yang dilakukan Raja Daud? Atau adakah kita akan membenarkan rasa bangga dan ego kita untuk mengambil alih diri kita sendiri, dan akhirnya memberontak atau membalas dendam? Semoga kita sanggup dan cukup merendahkan diri untuk meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dan membiarkan Tuhan menjadi penunjuk kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...