Jumaat, 5 Februari 2016

Jumaat Minggu Biasa Ke 4 Tahun 2

Di dalam sepanjang kementerian (ministry) saya, saya telah menjalankan banyak upacara pengkebumian, dan di dalam beberapa pengkebumian, ada seorang ahli keluarga dari al marhum, atau dalam beberapa kes, rakan rapatnya, yang akan datang ke hadapan di akhir upacara misa atau servis pengkebumian, untuk memberikan sepatah dua kata. Biasanya, orang yang memberikan sepatah dua kata itu akan menyatakan perkara-perkara yang baik yang telah dilakukan oleh al marhum, atau akan betapa hebatnya dia, atau perkara-perkara positif yang lain berkenaan al marhum. Semasa perkataan-perkataan yang mulia ini disampaikan, kadangkala saya berfikir... apakah jenis perkataan atau kenyataan yang akan ingin diri saya diiperingatkan, bila masanya tiba? Bagaimanakah harus orang-orang lain memikirkan diri saya?

Di dalam pembacaan hari ini, kita mendapati banyak kata pujian dan kenyataan yang baik berkenaan Raja Daud. Pujian sedemikian dan kenyataan yang baik seolah kedengaran seperti pidato akhir (eulogi) atau sekurang-kurangnya memberi pujian dan untuk penghormatan kepada Raja Daud. Walaupun Raja Daud telah melakukan dosa dengan berkhalwat, dan kemudiannya membunuh Uriah untuk cuba menyembunyikan kesalahannya, Raja Daud masih dapat merendahkan diri, rasa bersalah dan bertaubat, dan dengan pengampunan dan pertolongan daripada Tuhan, dia bangkit ke tahap yang setingginya. Berlainan pula, bila kita menemui Raja Herod di dalam Al Kitab, dia digambarkan sebagai raja yang lemah, egoistic, bangga, dan mudah ditipu untuk diminta John the Baptist dipenggal hanya untuk memenuhi sebagai pembalasan/pembayaran melihat putri Herodias menari.

Raja Daud meninggalkan satu warisan dan orangramai mempunyai pujian untuknya. Raja Herod pula sebaliknya, hanya meninggalkan kebencian dan cemuhan dari orangramai, kerana memilih untuk terus tidak bertaubat dan sombong. Adakah kita ingin berakhir seperti Raja Daud, diingati dengan penuh kasih dan kata-kata pujian? Atau adakah kita akan sebaliknya berakhir seperti Raja Herod?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...