Ada di antara kita yang membiarkan kejayaan dan kebolehan/bakat kita mengambil alih pemikiran kita. Apabila kita merasai bahawa kita telah berjaya melakukan sesuatu atau boleh melakukan sesuatu yang menakjubkan dan luarbiasa, kita mula berfikir bahawa segala yang dapat kita lakukan itu adalah melalui usaha kita sendiri. Ada pula akan mula berasa bangga dan egonya akan mengembang. Tetapi adakah kejayaan dan kebolehan itu semata-mata daripada usaha kita sendiri? Bolehkan kita mencontohi kejayaan atau mencapai kebolehan sebegitu setiap kali?
Di dalam pembacaan hari ini, Raja Daud, dengan pertolongan Tuhan, berjaya melemahkan seluruh musuh-musuh disekeliling beliau dan Israel menjadi kuasa yang terkuat di rantau itu pada masa itu. Bila ini berlaku, kejayaan mengambil alih pemikiran Raja Daud, dan beliau berfikir beliau berjaya mencapai kebolehan hebat itu melalui usahanya sendiri, dan melalui usaha orang Israel. Apa yang gagal disedari Raja Daud ialah Tuhan menolong mereka di dalam usaha mereka itu, dan secara tidak langsung dalam kebanggaan dan untuk meningkatkan egonya, beliau telah menjalankan satu banci rakyatnya. Dia kelihatan seperti ingin mengetahui kekuatan askarnya dan untuk menunjukkan kekuatan dan kegemilangan kerajaan beliau. Akibatnya, raja Daud dan orang Israel menghadapi kemurkaan Tuhan dan dihukum untuk itu.
Di pengakhiran harinya, janganlah kita lupa bahawa segala kejayaan yang kita perolehi dan segala yang kita capai sebenarnya adalah dengan pertolongan Tuhan. Kita tidak harus menuntut kesemua kredit, kerana kebolehan, bakat dan anugerah datang dari Tuhan dan is sebenarnya untuk digunakan bagi kemuliaan Tuhan bukannya kepuasan diri atau untuk mengembangkan ego kita. Semoga kita mempelajari untuk berjalan secara merendah diri di belakang Tuhan dan sentiasa berterimakasih kepadaNya dan di dalam segalnya memberi Nya kemuliaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan