Selasa, 2 Februari 2016

Pesta Yesus Dipersembahkan di Kenizah

Ramai di antara kita yang banyak menghabiskan masa menunggu. Kita menunggu kelahiran anak, kita menunggu anak-anak kita membesar dan berdikari, kita menunggu hari kita bersara, kita juga terpaksa menunggu untuk mereka yang lambat, kita juga menunggu ketibaan bas atau keretapi dan sebagainya. Tetapi biasanya apa yang ditunggu akan muncul tidak lama kemudian.

Di dalam Al Kitab hari ini, kita melihat Simeon dan Hana menunggu, mereka telah menunggu sangat lama, dan akhirnya harapan penungguan itu dipertunaikan. Bila Maria dan Yusuf mempersembahkan Yesus di Rumah Tuhan, perjanjian lama Tuhan untuk menghantar seorang penyelamat dipertunaikan dengan persembahan Yesus di Rumah Tuhan. Tuhan telah datang untuk menyelamatkan pengikut-pengikutNya, dan segala rahmat serta penyalaan lilin dan juga perarakan adalah untuk menandakan bahawa cahaya keselamatan telahpun bersinar ke atas gereja dan ke seluruh dunia. Cahaya keselamatan telahpun bersinar, tetapi namun kita masih menunggu. Kita menunggukan hari kita dapat bersama dengan Tuhan selama-lamanya.

Sehingga kita akhirnya dapat bersama-sama Tuhan kembali, marilah kita, seperti Maria dan Yusuf, Simeon dan Hana, menunggu Tuhan dengan berdoa dan bersedia melakukan kehendakNya bila diseru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...