Adakah anda benar-benar berasa seperti di rumah? Adakah anda rasa anda telah tiba di destinasi terakhir anda, tempat yang anda ingin berada, atau ada sesuatu yang lebih? Ramai di antara kita telah diajar bahawa rumah dan destinasi terakhir kita ialah syurga, tetapi mungkin selama ini, kita mungkin telah menjadi lebih dan lebih tertarik dan selesa dengan rumah sementara kita di sini di bumi. Kehidupan seolah-olah begitu banyak untuk ditawarkan, banyak perkara menarik dan daya tarikan untuk dilihat, dinikmati dan dialami, yang kadangkala kita lupa atau ragu-ragu tentang rumah dan destinasi terakhir kita.
Kita mesti berhati-hati untuk tidak menipu diri kita sendiri dengan berfikir bahawa hidup ini adalah satu yang kekal. Kematian boleh datang pada bila-bila masa dan dalam apa jua bentuk. Masalahnya ialah, ada orang yang tidak mahu bercakap atau berfikir tentang kematian. Mereka berfikir bahawa mereka boleh memanjangkan hidup mereka dengan mendapat kekayaan yang lebih, harta dan kuasa, dan juga bergantung kepada apa yang dikenali sebagai perubatan moden. Tetapi kematian adalah kenyataan, kita tidak dapat mengelak, tidak kira betapa kuat kita cuba. Semua pencapaian yang kita usaha dengan keras akan hilang dari kita, kerana kita tidak boleh membawa apa-apa yang kita ada dalam dunia ini ke dalam kehidupan yang akan datang. Dalam Al-Kitab hari ini, ketiga-tiga murid-murid mengikut Yesus ke gunung. Mereka ingin menyaksikan peristiwa transfigurasi Yesus selama-lamanya dengan mahu membina khemah untuk diri. Namun, Yesus tidak membenarkan mereka berbuat demikian dan kekal pada tahap ini, memandangkan poin transfigurasi ke kebangkitan Yesus dan kemuliaan syurga dan tidak sebenarnya kebangkitan mahupun syurga. Dengan cara yang sama, kita tidak akan dapat menghargai dan mencapai hidup yang kekal, jika kita meletakkan keyakinan kitai hanya pada kehidupan dunia seolah-olah ia adalah kekal. Kehidupan kekal adalah untuk mengenal Allah, mengasihi Dia dan hendaklah bersama-Nya selama-lamanya, kerana Allah tidak menjanjikan kita kehidupan yang lama tetapi hidup yang kekal. Di syurga kita akan dapat melihat Allah secara bersemuka, tanpa perlu bersembunyi di sebalik ketakutan dan kebimbangan kita dan Allah memuaskan/memenuhi setiap harapan, impian dan keinginan kita.
Hari ini, marilah kita memohon kepada Allah pertolongan dan bimbingan-Nya, supaya kita akan bersedia dan mampu untuk melepaskan sekuriti duniawi kita dan dalam bacaan pertama menjadi seperti Abraham yang meletakkan imannya di dalam Tuhan. Marilah kita juga mengambil iktibar daripada apa yang Santo Paulus ingatkan kita dalam bacaan kedua, bahawa "Kerana kewargaan kita adalah di dalam syurga." Semoga kita sabar, rendah hati dan gembira berjalan dalam jalan Tuhan, dan berusaha ke arah bersama dengan-Nya di syurga, rumah kita yang sebenar dan kekal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan