Rabu, 10 Februari 2016

Hari Rabu Abu

Hari ini kita memulakan musim Prapaska dengan Hari Rabu Abu. Pengenaan abu di atas dahi kita mengingatkan kita bahawa kita adalah daripada debu dan pada debu kita akan kembali. Walau bagaimanapun, terdapat lebih yang kita boleh belajar dan reflek mengenai Hari Rabu Abu dan musim Prapaska.

Dalam kehidupan kita, seringkali kita sibuk dengan banyak perkara. Kita sibuk dengan kerja kita, kehidupan keluarga kita, kehidupan sosial kita, tetapi bagaimana sibuk kah kita dalam hubungan kita dengan Allah? Kadangkala antara tengah-tengah hiruk pikuk, dan persaingan, kita mungkin terlupa melihat dengan baik diri kita sendiri dan melihat bagaimana kita mencapai kemajuan rohani. Musim Prapaska adalah peluang untuk berbuat demikian.

Semasa musim Prapaska, kita digalakkan berdoa dengan lebih banyak, berpuasa dan memberi sedekah. Tiga cara utama ini bagi penebusan dosa, tidak akan bermakna apa-apa jika akhirnya tidak memimpin kita ke arah pertaubatan dalaman, perubahan hati. Adakah kita bersedia untuk melihat diri kita secara jujur dan berusaha ke arah hubungan yang lebih baik dengan Tuhan dan dengan orang lain? Adakah terdapat bahagian dalam kehidupan kita yang telah kita abaikan harus kita tangani? Janganlah kita menghadkan pertaubatan kita menjadi orang yang lebih baik hanya semasa Prapaska, tetapi juga secara berterusan dan konsisten yang mungkin demi kebaikan jiwa kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...